Thursday, December 18, 2008

LAGI KENA SERBU BANK NEGARA MALAYSIA!


Semangat dakwah membara dalam diri apabila sebuah syarikat ingin menaja perjalanan kami untuk berdakwah selama seminggu di Sabah. Perbincangan diadakan di syarikat tersebut yang kelihatan lebih banyak memperkenalkan aktiviti syarikat - bagus juga dapat berkenalan dengan syarikat orang Islam yang cuba mengelakkan diri dari aktiviti riba' dalam perniagaan.

Petang Jumaat itu, agak lewat saya ke syarikat tersebut untuk menerima sumbangan kewangan dari pihak mereka kerana surat rasmi dari Ketua Jabatan belum diperolehi. Sebaik sahaja memperolehi surat tersebut dalam jam 4.30 pm saya terus bergegas memandu bersama suami ke Jalan Raja Chulan.

Memang mengharukan, mereka sanggup menunggu hingga jam 6.00 pm kerana traffic jammed yang teruk di Kuala Lumpur.

Setelah selesai berbincang dan memberi surat permohonan rasmi dari KJ, pegawai kewangan mereka membawa satu sampul surat dan melonggokkan sejumlah RM50,000 ke atas meja. Saya amat terkejut dan terpana sebab inilah kali pertama melihat orang menaja dengan wang tunai sebanyak itu, paling tidakpun selalunya walau RM100, tetap menulis cek. Saya gelisah dan terus memasukkan dalam akaun malam itu juga.

Keesokan harinya saya dikejutkan dengan berita bahawa pengarah syarikat tersebut telah dihadapkan di mahkamah kerana menerima deposit tanpa lesen - difahamkan mereka membuat skim pembelian besi brillet dan menjualbalik dengan keuntungan 20% kepada pendeposit. Pelanggan mereka adalah syarikat enterprise- dengan pembelian RM30k, setiap bulan akan menerima keuntungan RM9k sehingga setahun. Woi! lumayan tu. Syarikat enterprise yang menjalankan business dengan modal RM30k tak dapat pendapatan sebanyak itu.

Tetapi, seperti isu sebelum ini, sebenarnya banyak skim-skim seumpama itu yang tujuannya untuk meraih sebanyak mungkin modal bagi tujuan meningkatkan aktiviti perniagaan mereka, dengan nama Islam dan dengan nama bangsa Melayu. Tetapi strategi yang diatur kurang murni dan terdedah dengan penganiayaan dan penindasan- banyak unsur gharar yang boleh dipertikaikan sehingga jika dibuka kembali kitab perbankan Islam, aktiviti tersebut sudah tergelincir dari landasannya.

Kadang-kala terfikir juga teknik perniagaan masyarakat Cina yang begitu kuat dari segi komuniti dan persatuan. Mereka saling bantu-membantu dalam aktiviti perniagaan. Malah selagi boleh mereka hanya akan menyokong bangsa mereka dalam perniagaan. Buktinya, cuma saudara ke Maidin - cuba kesan ada tak orang Cina memasukinya? berbanding ke TESCO atau Giant. Adakah masyarakat Islam mempunyai rasa seumpama itu? Buktinya, cuba semak berapa ramai yang mengenali Az-Zain yang menjual produk halal? Berapa ramai yang membeli produk Ayamas? berbanding AyamA1 atau ayam di pasaraya besar?

Oleh itu, kepada syarikat yang inginkan modal bagi meningkatkan perniagaan - binalah strategi pemasaran dan perniagaan yang lebih effective dan yang penting selaras dengan kehendak Islam. Kaji dan bincang dengan orang yang faham perkara yang berkaitan dengan hak orang lain.

Kepada umat Islam yang prihatin, ambil perhatian bahawa Allah SWT tak akan memberi rezeki tanpa usaha yang setimpal melainkan dengan mukjizat-NYa kepada orang yang TERPILIH. Berusaha, bekerjalah seolah-olah kita akan hidup selamanya. Tetapi jangan lupa harta yang kita cari hanya pinjaman dan sebagai dugaan hidup dari Allah SWT.

Tuesday, October 14, 2008

Hidup untuk bekalan di akhirat

Selamat Menyambut Aidil Fitri al-Mubarak....
Semoga umat Islam masih mampu meneruskan perjuangan menambahkan amal di bulan syawal melalui ibadah puasa sunat 6 dengan ganjaran seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Betapa Islam itu amat pemurah dan mudah untuk mencapai reda dan rahmat Allah SWT. Cuma kadang-kala manusia ini begitu kedekut dan sombong dengan Allah SWT lantaran leka dan tidak mahu mengambil kesempatan yang ada.

Allah berfirman dalam Surah An-Nahl, ayat 97 yang bermaksud, "Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."

Begitu juga dalam urusan muamalah (perniagaan) merupakan aktiviti yang perlu diteruskan sebagai memenuhi keperluan asas kehidupan dan segala usaha memperolehi keperluan hidup dikira sebagai ibadat - keperluan makanan, pakaian, perlindungan dan kesihatan.

Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan keperluan seharian, umat Islam dilarang berlebihan dalam penggunaan (perbelanjaan), sehingga Rasulullah SAW menghalang sahabat yang bercadang untuk membelanjakan seluruh hartanya di jalan Allah. Sebaliknya Rasulullah SAW menasihatkan sahabatnya supaya menyimpan harta tersebut demi keperluan masa depannya, sebagaimana sabda baginda SAW yang bermaksud, "Simpanlah sebahagian daripada harta kamu untuk kamu kerana itulah lebih baik bagi kamu."

Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa menyorok atau menimbun kekayaan dibenarkan kerana perbuatan tersebut jelas terlarang, lebih-lebih lagi untuk tujuan keuntungan.

Semoga apa yang kita lalui dan uruskan kehidupan di dunia ini, akan sentiasa berada di atas landasan yang diredhai oleh Allah SWT kerana kehidupan kita di dunia ini adalah persiapan untuk hidup di alam lebih abadi, akhirat.

Thursday, September 25, 2008

REZEKI DI BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum wrwt
Selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan keberkatan yang di dalamnya terkandung malam seribu rahmah bagi sesiapa yang mahu mendapatkannya.

Pekerja-pekerja tentu berasa gembira bila dikhabarkan tentang bonus tahun ini yang telah dibayar pada hari Selasa 23 September baru-baru ini. Tetapi bagaimana kita memanfaatkan wang bonus tersebut hendaklah dilihat dari aspek perancangan kewangan yang berhemah. Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang anda fikirkan sebelum anda menghabiskannnya untuk berbelanja sempena menyambut Aidil Fitri nanti,
1. Sudahkah anda melindungi diri anda dengan takaful sebagai 'protection' diri
2. Sudahkan anda menyimpan untuk keperluan kecemasan keluarga dan diri anda?
3. Sudahkan anda mempersiapkan diri untuk hari persaraan?
4. Adakah anda sudah bebas dari beban kredit kad dan hutang?
5. Adakah anda dah renew insuran kenderaan dan renew roadtaxnya?
6. Sudahkah anda membayar bil-bil yang perlu didahulukan?
7.Sudahkan anda membayar ansuran rumah atau kenderaan?

setelah semuanya diselesaikan, bolehlah anda bercuti dengan aman dan damai sempena bulan syawal yang bakal menjelang.

Adakah anda ingat pesanan Nabi Yusuf a.s yang bermaksud "Dia mengatakan: Kamu tetap bertanam tujuh tahun lamanya sebagai biasa. Dan hasil yang sudah kamu tuai, biarkan saja ditangkainya, kecuali sekadarnya yang akan kamu makan. Kemudian datang sesudah itu tujuh tahun yang sulit, menghabiskan apa yang telah kamu siapkan untuk tahun-tahun itu. Hanya sedikit saja yang tinggal dari apa yang kamu simpan."
Ayat 47-48 tersebut dengan jelas menyuruh kita beringat sebelum kedatangan hari sulit kerana sebagai manusia kita bersifat lemah dan ada waktu kita naik dan ada waktu kita jatuh. Tatkala jatuh, jika tiada simpanan, pastinya kita akan dibelenggu dengan bebanan kewangan dan akhirnya terjerumus dalam kancah hutang...

Kini, negara sedang mengalami zaman sulit lantaran inflasi dunia yang melanda. Kenaikan harga barang yang mendadak telah menyulitkan masyarakat pengguna. Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan ialah membeli barangan yang perlu sahaja terutama untuk juadah puasa kerana jika kebiasaan kita makan sepinggan mengapa kerana puasa kena tambah dua pinggan? Adakah perut kita menjadi besar atau mengembang? Puasakan juga mata dengan aneka makanan di Bazar atau elakkan sahaja dari mengunjunginya kerana makanan yang dimasak sendiri lebih bersih dan suci serta air tangan yang lebih diberkati untuk keluarga. Haa, masa inilah peluang menambahkan pahala boleh dilakukan.

Selamat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang, maaf zahir dan batin.

Wednesday, August 27, 2008

BANTUAN USAHAWAN BUMIPUTERA- TEKUN NASIONAL


Assalamualaikum,

Peluang keemasan untuk para usahawan yang baru hendak melangkah ke dunia ini atau usahawan yang ingin membesarkan perniagaan. Kementerian Pembangunan Keusahawan & Koperasi di bawah naungan menterinya Y.B Dato'Noh Bin Haji Omar baru-baru ini telah memberi jaminan untuk meluluskan semua permohonan bantuan pembiayaan di bawah skim TEKUN NASIONAL sehingga RM50,000.


Peluang ini perlu diambil oleh semua usahawan bumiputera yang ingin mengembangkan perniagaan sama ada bidang perkhidmatan, pengeluaran, penternakan atau pertanian.

Peluang-Peluang Perniagaan di Bawah Program TEKUN:
• Rakan Niaga Maicare (Kosmetik)

•Rakan Niaga Wann’s Burger

• Rakan Niaga Biotek (Orkid)

• Rakan Niaga Iwani (Makanan sejuk beku)

• Rakan Niaga Jadibes (Pusat Tuisyen)

• Jaringan TEKUN :
i) Rangkai Niaga MARA / Mikro PBT
ii) 2nd Chance Program
iii) Technopreneur
Produk-Produk Baru Yang TEKUN Akan Biayai
• Elektrik• Kedai Buku• Dobi• Oli Collection (Produk cadar & langsir)• Produk Berasaskan Pertanian


SKIM PEMBIAYAAN TEKUN - MUDAH BIAYA
Permohonan diproses dan disahkan oleh cawangan dihantar terus ke Ibu Pejabat untuk kelulusan
Permohonan dibuat dan diproses secara online.
Proses Kelulusan 14 hari bekerja (Masih dalam tempoh percubaan selama 3 bulan)
Peminjam di antara 18 – 65 tahun
Semua pembiayaan tidak memerlukan penjamin
Caj 8% setahun bagi semua pembiayaan.
Lebih daripada seorang dalam satu isi rumah boleh mendapat pembiayaan dengan syarat berlainan jenis perniagaan.
Pemohon yang mempunyai pembiayaan sedia ada dengan agensi kerajaan/institusi kewangan lain yang melebihi RM50,000 adalah tidak layak.
Permohonan pembiayaan ulangan tidak perlu mengisi borang dan hanya mengemukakan daftar perniagaan yang terkini serta sebut harga dan gambar premis sahaja.
Pembiayaan di bawah RM5,000 tidak perlu mengemukakan daftar perniagaan, kecuali yang berniaga di kawasan PBT yang memerlukan permit.
Pembiayaan di bawah RM5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan.
Pembiayaan di antara RM500 – RM3,000 dengan caj perkhidmatan 8% sebulan
Setiap permohonan tidak memerlukan semakan kredit.


Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari laman web kementerian ini;

Wednesday, July 30, 2008

SIAPA NAK JADI PROMOTER, BOLEH JADI JUTAWAN!

"Dr, saya ada peluang baru, tolong business orang Melayu - produk IKS" seorang pelajar saya menelefon saya ketika saya sedang khusyuk membaca Ut. Melayu guna Microfilm di Main Library UM.
"Dr bayar RM15.00 untuk daftar sebagai promoter dan hanya perlu tampal sticker syarikat di kereta. Setiap bulan Dr dapat pencen bulanan sebanyak RM1.00 kerana upah kita tampal sticker atau telah mengiklankan nama syarikat. Untuk dapatkan pendapatan lebih/ pencen lebih, Dr boleh cari orang/ taja orang lain. Contohnya jika Dr taja 20 promoter, Dr akan dapat (RM20) dan jika setiap seorang dari 20 taja 20 orang lagi sehingga 4 peringkat Dr akan dapat sehingga RM 143,157 sebulan."
Tapi kalau Dr malas cari orang, Dr bayar saja jumlah yang Dr pilih berdasarkan pakej yang ditentukan contohnya Dr bayar RM18,000, dan Dr akan dibayar pencen sebanyak RM3,570 sebulan sehingga akhir hayat."
"Wah, pelaburan yang merujakan..."
"Dr, ini bukan pelaburan tapi kita hanya sebagai promoter..."
Termenung saya dibuatnya. Cerita pelajar tadi mengingatkan saya beberapa Skim Cepat Kaya yang merosakkan ekonomi umat Islam. Beberapa soalan saya ajukan agar pelajar saya berfikir kembali kerana dia mempertahankan skim tersebut bukan Skim Cepat Kaya...
1. Jika kita bertugas sebagai promoter kenapa dgn RM18,000 sticker tetap satu. Kenapa kita perlu membayar sebegitu banyak untuk menjawat satu jawatan promoter (1 sticker) kerana secara logiknya dengan RM 18,000 (18,000 /15 = 1,200 sticker) dan sebagai promoter kita boleh tampal atau minta teman2 menampalkan sticker tersebut. Hasil kerja kita akan dibayar dengan RM 1,200 kerana setiap sticker upahnya RM 1.00.
2. Jika RM15 sudah jadi promoter, tentu kita layak dapatkan sticker secara percuma untuk dipasarkan seberapa banyak yang syarikat mahu dan setiap sticker dibayar RM1.00 upah kerana mempromosikan barangan syarikat. Jika tidak beri percumapun, letakkan harga sticker dan kita beli sejumlah sticker yang disanggupi untuk diiklankan.
3. Pendapatan yang dijanjikan adalah tetap iaitu bersifat bulanan, walaupun hanya dengan satu sticker. Dari mana syarikat memperolehi sejumlah pendapatan yang akan dibayar untuk para promoter? Jika berdasarkan keuntungan jualan barangan kerana promosi yang promoter lakukan kenapa sifatkan tetap/ fix? Adakah dalam perniagaan tiada risiko untung dan rugi atau statik? bagaimana syarikat begitu yakin dengan strategi jualannya?
4. Jika pelaburan, saya tidak pernah melihat bentuk pelaburan yang diiktiraf duniapun dengan pulangan melebihi 200 peratus, lebih hebat dari saham Bill Gates.
5. Siapa hendak jamin syarikat akan terus bertahan lama? kalau 2 - 3 bulan lingkup, siapa nak bayar kembali gantirugi promoter yang sanggup bergolok bergadai itu?

Ini adalah satu fenomena di luar sana yang cuba mengabui masyarakat yang rata-rata kini sedang kesusahan lantaran kesan Inflasi Ekonomi. Bila melihat jumlah $$$ yang dijanjikan, sedangkan bayar hanya sekali dan boleh goyang kaki setiap bulan sehingga akhir hayat tentu yang tidak berilmu akan teruja- malah ada yang sudah senang bekerja sanggup berhenti dengan alasan pendapatan setiap bulan sudah ada.

Banyak lagi skim-skim seumpama ini yang diperkenalkan. Inilah yang dikatakan sistem ekonomi Yahudi yang berupaya meruntuhkan ekonomi ummah dan melahirkan budaya bermalas-malasan tetapi hidup mahu senang. Sistem ini akan meningkatkan lagi kadar Inflasi atau disebut kadar depression.

Wahai ummah yang disayangi. Bukan kita tidak mahu menolong, tetapi silalah fikir secara logik setiap skim yang datang kerana skim itu sentiasa menawarkan gula-gula yang manis. Ingat gula-gula yang manis boleh merosakkan sistem badan jika berlebihan. Kesannya akan kita rasai bila sudah terkena sistem ginjal tidak berfungsi - dialisis buah pinggang. Masa itu, menyesal tidak berguna. Air mata darah hanya akan menjadikan penyakit semakin parah. Adakah masa itu baru nak cakap, " itu sudah ditentukan oleh Allah!!!" Tuhan kurniakan kita akal dan pilihan untuk jalan yang hendak kita lalui. jalan lurus atau jalan bengkok. Tepuk dada, tanya imam.

Monday, July 7, 2008

KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK


"Dr, cepat beli minyak malam ni.. esok harga minyak naik! Tapi kalau Dr dah banyak duit tak apalah..."
Fenomena malam kenaikan harga minyak RM2.72 seliter masih terngiang-ngiang lagi apabila seorang anak murid menghantar pesanan melalui telefon bimbitnya. Bukan sudah banyak duit, tetapi tidak berbaloi berbaris sehingga 2 KM untuk menanti minyak yang hanya menyelesaikan masalah satu malam. Bagaimana dengan hari-hari seterusnya... harga minyak terus naik dan ada ura-ura akan terus naik kepada USD200/barrel. Kini economic Inflation sudah bertukar menjadi economic depression - iaitu ekonomi tertumpu kepada pelaksanaan ekonomi Yahudi dan meminggirkan ekonomi syariah. Kesannya akan lebih dahsyat lagi kepada umat Islam bila gagal mempertahankan ekonomi syariah.

Oleh itu, kepada umat Islam bangkit dari lena yang panjang. Jangan kita disibukkan dengan isu kepimpinan yang gagal mempertahankan harga minyak, tetapi cuba membuat analisis kendiri sejauhmana kita menjalankan kewajipan menyokong pelaksanaan ekonomi syariah yang sudah agak stabil di Malaysia. Kegagalan kita menyokong pelaksanaan ekonomi syariah akan menggagalkan usaha pemimpin kita mengembalikan harga minyak kerana desakan dan monopoli ekonomi US kepada dunia. Adakah kita tak mampu berdikari dengan desakan itu? Jawapannya Iye! kerana ekonomi kita tidak semantap negeri China yang mampu menghalang US menaikkan harga getah walaupun kini ekonomi mereka kecundang kerana kesan cuaca yang buruk.

Cuba tanya diri, berapa banyak simpanan dalam akaun syariah yang anda ada? Berapa keping kadkredit syariah yang anda dah ada? Sudah adakah pelindungan takaful? sudah adakah pelaburan syariah? Jika anda sudah memenuhi semua kategori ini, anda adalah khayra ummah yang perlu pula menyebarkan kepada kawan-kawan dan saudara mara yang menjadikan ia semakin berkembang dan terus berkembang sehingga ada kekuatan sendiri untuk membina kemantapan ekonomi negara. Masa itu pastinya US tak mampu nak membuat sebarang tindakan monopoli ekonomi dunia lagi.

Selain menyertai dan menyokong perbankan Islam, umat Islam juga boleh memperkayakan sumber makanan agar mampu berdiri sendiri tanpa mengharapkan sumbangan orang bukan Islam untuk membekalkan makanan kepada kita. Malahan kini isu makanan halal asyik menjadi isu yang ditakuti.

Kerajaan pula telah menyokong aktiviti pertanian dan penternakan. Pastinya petani moden kini mampu mengatasi krisis makanan halal jika umat Islam berperanan turut memonopoli aktiviti ini. Jadi isu pengangguran kesan ekonomi depresi sudah boleh ditangani terutama oleh para siswazah yang positif dalam mengharungi kepayahan mencari pekerjaan.

Tuesday, May 27, 2008

Mana yang anda pilih, antara takaful dan insuran...

Kenapa mesti Takaful bukan Insuran?
Umat Islam di Malaysia merupakan golongan majoriti iaitu umat Melayu-Islam diikuti China-Islam dan India Muslim yang menjadi sebahagian besar penduduknya. Walau bagaimanapun masih ramai yang belum menyertai takaful.. kenapa ye? cuba tanya rakan karib anda. Cuba tanya jiran terdekat anda. Cuba tanya adik-beradik anda. Buat data, dalam 10 orang yang ditanya belum tentu seorangpun yang sudah ada takaful. Tetapi insuran mungkin ada...

Insuran sudah dikenali sejak lama lagi. Takaful lahir hanya beberapa tahun kebelakangan ini apabila ramai umat Islam yang mendesak kerajaan untuk menilai semula perjalanan ekonomi di Malaysia agar umat Islam tidak terus terjebak dalam aktiviti riba. Lalu lahirlah Takaful Nasional (kini Takaful Etiqa) diikuti Takaful Malaysia dan kini Takaful Ikhlas.

Jadi kepada umat Islam, alternatif insuran sudah ditukar kepada Takaful - perlindungan yang dijamin selamat dari amalan riba dan harta yang bakal kita tinggalkan untuk pewaris kita - harta yang halal lagi suci. Oleh itu, bertukarlah segera kepada Takaful. Jangan rasa rugi dengan menamatkan polisi insuran anda kerana perjuangan anda adalah jihad untuk memastikan harta yang akan anda tinggalkan untuk pewaris anda adalah halal.

Perkhidmatan takaful kini sudah saling melengkapi. Takaful keluarga, takaful kemalangan, takaful wanita, takaful warga emas, takaful medical, takaful kembara dan sebagainya. Sebut sahaja jenis polisi yang dikehendaki, semuanya sudah cukup untuk anda meninggalkan insuran yang dikatakan rendah harganya tetapi rendah juga nilainya di sisi Allah. Carilah yang terbaik untuk keluarga anda, jika anda benar-benar menyayangi keluarga anda.

Mencari yang halal itu fardhu.

Dr. Raudah

Monday, April 21, 2008

NILAI NYAWA MANUSIA


Setiap tahun ratusan ribu manusia mati akibat kecederaan, manakala yang cedera parah juga tidak terhitung jumlahnya. Kebanyakan kecederaan ini menyebabkan hilang upaya kekal dan kerosakan otak. Kecederaan yang paling kerap berlaku adalah disebabkan oleh jatuh, terbakar, lemas dan kemalangan jalan raya. Sedihnya, kebanyakan kecederaan ini berlaku di dalam atau berhampiran dengan rumah dan hampir semuanya boleh dielakkan.


Di Malaysia, kecederaan telah menjadi punca utama kematian dan hilang upaya sehingga meletakkan beban berat kepada keluarga dan masyarakat.

Ekoran pembangunan bandar yang pesat juga menyebabkan, kesesakan jalan raya juga menyebabkan meningkatnya kemalangan jalan raya. Lebih 300,000 kemalangan jalan raya telah dilaporkan pada tahun 2004 berbanding dengan 290,000 kes pada 2003. Pada 2004 sahaja, 6,000 rakyat Malaysia kehilangan nyawa mereka di jalan raya.


Kemalangan ini menyebabkan kematian kanak-kanak dan hilang upaya. Dalam beberapa kes, ia juga menyebabkan kanak-kanak menjadi yatim piatu.

MEMILIKI ANAK OKU SATU ANUGERAH DAN AMANAH

 Lama tidak mengisi ruang ini. Terlalu lama... kesibukan serta keberadaan media sosial yang lain menjadikan blog ini turut sepi. Namun hari ...