Wednesday, July 30, 2008

SIAPA NAK JADI PROMOTER, BOLEH JADI JUTAWAN!

"Dr, saya ada peluang baru, tolong business orang Melayu - produk IKS" seorang pelajar saya menelefon saya ketika saya sedang khusyuk membaca Ut. Melayu guna Microfilm di Main Library UM.
"Dr bayar RM15.00 untuk daftar sebagai promoter dan hanya perlu tampal sticker syarikat di kereta. Setiap bulan Dr dapat pencen bulanan sebanyak RM1.00 kerana upah kita tampal sticker atau telah mengiklankan nama syarikat. Untuk dapatkan pendapatan lebih/ pencen lebih, Dr boleh cari orang/ taja orang lain. Contohnya jika Dr taja 20 promoter, Dr akan dapat (RM20) dan jika setiap seorang dari 20 taja 20 orang lagi sehingga 4 peringkat Dr akan dapat sehingga RM 143,157 sebulan."
Tapi kalau Dr malas cari orang, Dr bayar saja jumlah yang Dr pilih berdasarkan pakej yang ditentukan contohnya Dr bayar RM18,000, dan Dr akan dibayar pencen sebanyak RM3,570 sebulan sehingga akhir hayat."
"Wah, pelaburan yang merujakan..."
"Dr, ini bukan pelaburan tapi kita hanya sebagai promoter..."
Termenung saya dibuatnya. Cerita pelajar tadi mengingatkan saya beberapa Skim Cepat Kaya yang merosakkan ekonomi umat Islam. Beberapa soalan saya ajukan agar pelajar saya berfikir kembali kerana dia mempertahankan skim tersebut bukan Skim Cepat Kaya...
1. Jika kita bertugas sebagai promoter kenapa dgn RM18,000 sticker tetap satu. Kenapa kita perlu membayar sebegitu banyak untuk menjawat satu jawatan promoter (1 sticker) kerana secara logiknya dengan RM 18,000 (18,000 /15 = 1,200 sticker) dan sebagai promoter kita boleh tampal atau minta teman2 menampalkan sticker tersebut. Hasil kerja kita akan dibayar dengan RM 1,200 kerana setiap sticker upahnya RM 1.00.
2. Jika RM15 sudah jadi promoter, tentu kita layak dapatkan sticker secara percuma untuk dipasarkan seberapa banyak yang syarikat mahu dan setiap sticker dibayar RM1.00 upah kerana mempromosikan barangan syarikat. Jika tidak beri percumapun, letakkan harga sticker dan kita beli sejumlah sticker yang disanggupi untuk diiklankan.
3. Pendapatan yang dijanjikan adalah tetap iaitu bersifat bulanan, walaupun hanya dengan satu sticker. Dari mana syarikat memperolehi sejumlah pendapatan yang akan dibayar untuk para promoter? Jika berdasarkan keuntungan jualan barangan kerana promosi yang promoter lakukan kenapa sifatkan tetap/ fix? Adakah dalam perniagaan tiada risiko untung dan rugi atau statik? bagaimana syarikat begitu yakin dengan strategi jualannya?
4. Jika pelaburan, saya tidak pernah melihat bentuk pelaburan yang diiktiraf duniapun dengan pulangan melebihi 200 peratus, lebih hebat dari saham Bill Gates.
5. Siapa hendak jamin syarikat akan terus bertahan lama? kalau 2 - 3 bulan lingkup, siapa nak bayar kembali gantirugi promoter yang sanggup bergolok bergadai itu?

Ini adalah satu fenomena di luar sana yang cuba mengabui masyarakat yang rata-rata kini sedang kesusahan lantaran kesan Inflasi Ekonomi. Bila melihat jumlah $$$ yang dijanjikan, sedangkan bayar hanya sekali dan boleh goyang kaki setiap bulan sehingga akhir hayat tentu yang tidak berilmu akan teruja- malah ada yang sudah senang bekerja sanggup berhenti dengan alasan pendapatan setiap bulan sudah ada.

Banyak lagi skim-skim seumpama ini yang diperkenalkan. Inilah yang dikatakan sistem ekonomi Yahudi yang berupaya meruntuhkan ekonomi ummah dan melahirkan budaya bermalas-malasan tetapi hidup mahu senang. Sistem ini akan meningkatkan lagi kadar Inflasi atau disebut kadar depression.

Wahai ummah yang disayangi. Bukan kita tidak mahu menolong, tetapi silalah fikir secara logik setiap skim yang datang kerana skim itu sentiasa menawarkan gula-gula yang manis. Ingat gula-gula yang manis boleh merosakkan sistem badan jika berlebihan. Kesannya akan kita rasai bila sudah terkena sistem ginjal tidak berfungsi - dialisis buah pinggang. Masa itu, menyesal tidak berguna. Air mata darah hanya akan menjadikan penyakit semakin parah. Adakah masa itu baru nak cakap, " itu sudah ditentukan oleh Allah!!!" Tuhan kurniakan kita akal dan pilihan untuk jalan yang hendak kita lalui. jalan lurus atau jalan bengkok. Tepuk dada, tanya imam.

Monday, July 7, 2008

KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK


"Dr, cepat beli minyak malam ni.. esok harga minyak naik! Tapi kalau Dr dah banyak duit tak apalah..."
Fenomena malam kenaikan harga minyak RM2.72 seliter masih terngiang-ngiang lagi apabila seorang anak murid menghantar pesanan melalui telefon bimbitnya. Bukan sudah banyak duit, tetapi tidak berbaloi berbaris sehingga 2 KM untuk menanti minyak yang hanya menyelesaikan masalah satu malam. Bagaimana dengan hari-hari seterusnya... harga minyak terus naik dan ada ura-ura akan terus naik kepada USD200/barrel. Kini economic Inflation sudah bertukar menjadi economic depression - iaitu ekonomi tertumpu kepada pelaksanaan ekonomi Yahudi dan meminggirkan ekonomi syariah. Kesannya akan lebih dahsyat lagi kepada umat Islam bila gagal mempertahankan ekonomi syariah.

Oleh itu, kepada umat Islam bangkit dari lena yang panjang. Jangan kita disibukkan dengan isu kepimpinan yang gagal mempertahankan harga minyak, tetapi cuba membuat analisis kendiri sejauhmana kita menjalankan kewajipan menyokong pelaksanaan ekonomi syariah yang sudah agak stabil di Malaysia. Kegagalan kita menyokong pelaksanaan ekonomi syariah akan menggagalkan usaha pemimpin kita mengembalikan harga minyak kerana desakan dan monopoli ekonomi US kepada dunia. Adakah kita tak mampu berdikari dengan desakan itu? Jawapannya Iye! kerana ekonomi kita tidak semantap negeri China yang mampu menghalang US menaikkan harga getah walaupun kini ekonomi mereka kecundang kerana kesan cuaca yang buruk.

Cuba tanya diri, berapa banyak simpanan dalam akaun syariah yang anda ada? Berapa keping kadkredit syariah yang anda dah ada? Sudah adakah pelindungan takaful? sudah adakah pelaburan syariah? Jika anda sudah memenuhi semua kategori ini, anda adalah khayra ummah yang perlu pula menyebarkan kepada kawan-kawan dan saudara mara yang menjadikan ia semakin berkembang dan terus berkembang sehingga ada kekuatan sendiri untuk membina kemantapan ekonomi negara. Masa itu pastinya US tak mampu nak membuat sebarang tindakan monopoli ekonomi dunia lagi.

Selain menyertai dan menyokong perbankan Islam, umat Islam juga boleh memperkayakan sumber makanan agar mampu berdiri sendiri tanpa mengharapkan sumbangan orang bukan Islam untuk membekalkan makanan kepada kita. Malahan kini isu makanan halal asyik menjadi isu yang ditakuti.

Kerajaan pula telah menyokong aktiviti pertanian dan penternakan. Pastinya petani moden kini mampu mengatasi krisis makanan halal jika umat Islam berperanan turut memonopoli aktiviti ini. Jadi isu pengangguran kesan ekonomi depresi sudah boleh ditangani terutama oleh para siswazah yang positif dalam mengharungi kepayahan mencari pekerjaan.

MEMILIKI ANAK OKU SATU ANUGERAH DAN AMANAH

 Lama tidak mengisi ruang ini. Terlalu lama... kesibukan serta keberadaan media sosial yang lain menjadikan blog ini turut sepi. Namun hari ...