Institute Dr Raudah

Keusahawanan Dakwah

Monday, July 7, 2008

- July 07, 2008
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

PELANCARAN BUKU ANTOLOGI CERPEN KANAK-KANAK DAN ANTOLOGI CERPEN SAUDAGAR KOPI

 

  • DILEMA IBU BEKERJA: ANTARA KERJAYA DAN TANGGUNGJAWAB
    Wanita merupakan golongan yang kuat walaupun kelihatan lemah. Malah terdapat hadis Rasulullah yang bermaksud, "Tangan yang menghayun bu...
  • MEMILIKI ANAK OKU SATU ANUGERAH DAN AMANAH
     Lama tidak mengisi ruang ini. Terlalu lama... kesibukan serta keberadaan media sosial yang lain menjadikan blog ini turut sepi. Namun hari ...
  • IKAN DUYUNG
    Puteri Duyung berenang-renang di perkarangan taman batu karang yang dihiasi kerikil dan hidupan lautan. Kemudian melompat ke atas tebing bat...

Search This Blog

  • Home

About Me

My photo
NOR RAUDAH HJ SIREN
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Lahir di Sabak Bernam, Selangor. Bersekolah di Sek. Keb. Batu 38, Sabak Bernam, Selangor dan menyambung alam menengah di Sekolah Agama Menengah Tinggi, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAMTS), Batu 38, Sabak Bernam. Selepas STPM, meneruskan pengajian ke Universiti Malaya dalam bidang Media sehingga ke peringkat Doktor Falsafah. Kini, bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Bidang pengajaran dan kajian ialah media dakwah dan penulisan. Kini sedang mencari ilmu-ilmu dakwah dengan mengikuti pengajian jarak jauh di Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan)
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2008 (9)
    • ►  April (1)
      • ►  Apr 21 (1)
    • ►  May (1)
      • ►  May 27 (1)
    • ▼  July (3)
      • ▼  Jul 07 (2)
        • KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK
        • No title
      • ►  Jul 30 (1)
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 27 (1)
    • ►  September (1)
      • ►  Sep 25 (1)
    • ►  October (1)
      • ►  Oct 14 (1)
    • ►  December (1)
      • ►  Dec 18 (1)
  • ►  2009 (22)
    • ►  February (1)
      • ►  Feb 27 (1)
    • ►  March (9)
      • ►  Mar 03 (2)
      • ►  Mar 08 (2)
      • ►  Mar 10 (1)
      • ►  Mar 12 (1)
      • ►  Mar 13 (1)
      • ►  Mar 18 (1)
      • ►  Mar 26 (1)
    • ►  April (4)
      • ►  Apr 02 (1)
      • ►  Apr 06 (1)
      • ►  Apr 09 (1)
      • ►  Apr 18 (1)
    • ►  May (2)
      • ►  May 21 (1)
      • ►  May 25 (1)
    • ►  July (2)
      • ►  Jul 16 (1)
      • ►  Jul 29 (1)
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 06 (1)
    • ►  September (2)
      • ►  Sep 17 (1)
      • ►  Sep 30 (1)
    • ►  October (1)
      • ►  Oct 22 (1)
  • ►  2010 (5)
    • ►  January (2)
      • ►  Jan 06 (2)
    • ►  March (1)
      • ►  Mar 29 (1)
    • ►  May (2)
      • ►  May 21 (1)
      • ►  May 31 (1)
  • ►  2023 (1)
    • ►  January (1)
      • ►  Jan 17 (1)
  • ►  2025 (2)
    • ►  October (2)
      • ►  Oct 23 (2)

Labels

  • dr.raudah
  • Terkisah duyung di antara cinta yang rumit
  • WAHAI HATI BERSABARLAH SELALU... OH TUHAN BERIKAN NIKMAT SABAR KEPADA KAMI. KURNIAKAN KAMI SIFAT SABAR INI DI SEPANJANG ONAK DAN DURI KEHIDUPAN YANG KAMI LALUI. AMIN.

Report Abuse

Keusahawanan Daie

Assalamualaikum.
Manusia mula mengejar impian apabila sudah mengenali nilai wang dan apabila sudah mempunyai sumber pendapatan sendiri. Hidup mengejar dan dikejar wang seakan satu rutin hidup yang perlu ditempoh seharian sehingga bermacam-macam perkara berlaku hanya kerana WANG. Sehinggakan pada satu tahap, manusia sering berasa kurang dan semakin kurang walau pendapatan semakin bertambah dan terus bertambah. Malah semakin bertambah semakin dicari sehingga tidak pernah berasa PUAS...

BILA DIRI DISAYANGI

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermantera
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut nama-Mu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap nama-Mu terasa diriku kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri

(UK's)

SEKUNTUM BUNGA UNTUK AYAH

SEKUNTUM BUNGA UNTUK AYAH
kasih ayah masih mekar dan harum di jambangan hatiku

PUISI BUAT AYAH

Ayah, terdengar suaramu berdendang
gembira membawa rezeki
untuk anak-anak dan isteri
yang setia menanti

Ayah, terdengar suaramu memujuk
tangisku yang sering menjeruk
minta dikasihi selalu
oleh lagumu yang kurindu

Basikal tua, kau kayuh gembira
Aku dibonceng tertawa
hilang pilu si anak manja
menyanyi bersama

Ayah, senyummu sudah tiada
hanya kenangan menjelma
terpapar jelas di jendela masa
rinduku terpana

Tuhan, andai Kau beri segunung intan
yang kupilih hanya seorang ayah
yang mengerti kasih yang kuingin
tak pernah menarik marah
atau meluka hati yang gundah

yang kuinginkan hanya seorang 'ayah'
yang mengisi kesepian
yang mengerti kesedihan
yang memberi perhatian...

Mahu Diam atau makan?

Mahu Diam atau makan?

DIAM!

Diam
apakah boleh melepaskan resah?
apakah boleh meluahkan fikir?
apakah boleh mencurahkan cinta?
apakah boleh melerai rindu?

Diam
seorang gadis menyusun malu
menanti lafaz kasih seorang Adam

Diam
seorang ibu, membungkam rasa
menahan air mata oleh anak cucu yang alpa
membiar rindu menjeruk diri

Diam
seorang isteri, tabah dan pasrah
meneguk taat syurga suami
melayari bahtera di lautan bergelombang

Diam
seorang Majnun, mengenang Laila
menggenggam api yang membara

Diam
Bila tidak tertanggung
- lebih bising dari murai
- lebih riuh dari pasar
- lebih sudu dari mangkuk

yang tertinggal adalah kesal diri

Raudah Hs Nuur

ANTARA KITA ADA BATAS KETENTUAN

Mega senja
buat insan yang sukar mentafsir dan memahami
erti perasaan
membina keperibadian

Inilah puisiku membelah dini malam
menyorot ideologi berbekal secangkir iman
mentafsir erti pertemuan dan kemesraan
dengan seorang Adam

Dalam diri mengenal dan menganyam mesra
menyatu idea dan minat
setiap kali itu
kegelisahan membakar ruang diri
antara sopan dan maruah diri
antara kasih dan batas syar'ie

Maafkan aku,
antara kita ada batas ketentuan
menghalang pertemuan dan kemesraan
kerana engkau, Adam
kerana engkau, Adam

Mungkin kita sudah terlanjur mengujud mesra
namun sempat untuk kembali
membentuk jalinan kasih suci
memelihara pekerti
seorang aku, Hawa
seorang engkau Adam

Rujuk: Antologi Sajak, Di Tengah Taman (Terbitan Sasbadi)

CINTA YANG HILANG

Teratak di pinggir desa
menyambut mesra jejaka sepi
-yang hilang damai
- yang terurai cinta
- yang merindu kasih

di situ kasih tersemi
- membelai damai
- berbunga cinta ibu
-berbunga kasih ayah
pemuda bermata merah
hadir diri dalam buangan
-diselimuti keinsafan

Seorang Ita di kamar sepi
debar hati gugup rasa
menyambut sekuntum cinta
membalut setangkai simpati
mengujud keinsafan abadi

Namun
damai terus berlalu pilu
meninggalkan cinta yang hilang
sampah tetap disingkir orang

# Puisi 1987

KEHIDUPAN BERERTI

Langkah lesu kurus tubuh
menyusuri lorong-lorong derita
menadah simpati menadah rezeki
oleh belas ihsan
buat mengisi rentak keroncong perut leper
mendendangi suara anak-anak lapar

"Rezeki secupak tidak menjadi segantang"
menyempit urat fikir membelenggu makna
-melalai usaha

sampai bila kudrat terus dimanja
penjual kayu lebih mulia
mengorbankan harga memerah tulang empat kerat
penuh syukur dan rela
"Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang meminta"

Sampai bila derita terus disapa
sedang esok belum menjanji bahagia
anak-anak minta diajari
kehidupan lebih bererti


#Kenangan ketika melihat seorang ibu tua yang meminta sedekah tetapi kemudian diragut oleh seorang pemuda... ishk..

SUNYI ITU PENGHARAPAN

"Segala apa jua yang datang daripada Allah SWT, sama ada berupa rahmat, hendaklah disyukuri. Perkara yang berupa musibah, maka hendaklah bersabar menempuhinya."

"La Tahzan Raudahku, Allah akan sentiasa membantumu dalam menempuhi segala ranjau hidupmu, Selagi keyakinanmu kepada Tuhannu, Dia akan sentiasa bersamamu."

RUJUKAN TERHAMPIR

  • http://mediacetakdakwah.blogspot.com
  • http://isumedia.blogspot.com/
  • http://mediadakwahnote.blogspot.com
  • http://penulisdaie.blogspot.com
  • http://www.afyan.com
  • http://www.um.edu.my
  • http://ad-dakwah.fotopages.com
  • www.kursusfertigasi.com
  • http://kursus-fertigasi.blogspot.com

ISU SKIM CEPAT KAYA

"Dr raudah, baca akhbar hari ini... Bank Negara dah serbu syarikat yang Dr cerita hari tu..." pagi-pagi lagi saya sudah dikejutkan dengan suara rakan saya di atas talian bimbit saya.
Saya menarik nafas panjang. Apa yang saya jangkakan sudah berlaku. Kesihan mangsa-mangsa yang melabur dalam skim yang dibina oleh anak bangsa sendiri tetapi turut menjatuhkan anak bangsa sendiri untuk kepentingan perut sendiri.

Logiknya hanya satu, tiada perniagaan yang mendapat keuntungan dalam masa sebulan. Ia biasanya berlaku berbulan-bulan atau paling cepat setahun untuk mendapat pulangan dari modal yang sudah dilaburkan. Jika ada syarikat yang menawarkan pakej menarik boleh mendapat pulangan secepat itu, yang paling tak logik hanya dengan RM15 dapat RM1 setiap bulan seumur hidup. Saya teringat skim swiss cash yang telah diharamkan oleh BNM. Ramai yang mengeluh kerugian dan baru rasa tertipu. Saya sudah mengingatkan anak-anak didik saya, tetapi mereka tetap menaruh harapan...

Berbalik kepada Islam, perniagaan adalah pekerjaan yang paling digalakkan tetapi Allah mengharamkan Riba' - perniagaan yang melibatkan penipuan, kerugian dan penganiayaan. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud;
"Orang yang memakan riba' tidak dapat berdiri tegak, melainkan sebagai berdirinya orang yang kemasukan syaitan; itu disebabkan mereka mengatakan: sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba'. Allah membolehkan jual beli dan melarang riba; dan siapa yang menerima pengajaran dari Tuhannya, lalu dia berhenti sesudah itu, maka pekerjaannya yang lalu sudah habis; dan siapa yang kembali pula mengerjakannya, itulah isi neraka, mereka tetap di dalamnya."
Subhanallah, semoga Allah SWT segera mengembalikan umatnya ke jalan yang benar. Masih ada peluang lagi untuk jalan pulang. Dan apa yang menyedihkan mereka sering menggunakan tiket membantu sesama bangsa seagama untuk mengembangkan perniagaan...

waulahuaklam

Adakah anda bersedia menghadapi hari persaraan dengan tenang?

HARGA SAHAM JATUH!

Ya, harga saham tengah jatuh menjunam dan merudum.
Tapi kepada pelabur jangan panik. Simpan dulu pelaburan anda. Cuba lihat dalam 2 - 3 tahun lagi ekonomi pasti akan pulih. Inilah yang dikatakan situasi ekonomi sebenar.
Kepada yang baru hendak berkenalan dengan pelaburan, inilah masanya untuk anda melabur dengan harga serendah RM0.20 seunit pasti dengan RM 1,000 anda sudah mempunyai 5,000 unit berbanding sebelum ini. Jika anda melabur RM5,000 anda akan mendapat 25,000 unit. Bayangkan jika tiga tahun lagi harga seunit naik RM0.40 seunit, anda akan dapat 5,000 unit x RM0.40 = RM2,000 dan 25,00 x 0.40 = RM10,000. Kiraan ini belum termasuk dividen setiap 6 bulan yang akan anda perolehi.
Tetapi pastikan pelaburan anda pada jalan yang betul - melabur dalam pelaburan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia.

MARI MENGIRA KEUNTUNGAN PELABURAN

Belian Permulaan RM1,000.00
Setiap bulan Top-Up RM 100.00
Keuntungan 15% (andaian);
Setahun = RM 2,464.00
Dua tahun= RM 4,103.68
Tiga tahun = RM 5,940.12
empat tahun = RM 7,996.94
lima tahun= RM 10,300.57

Lump sum permulaan RM 1,000.00
setahun = RM 1,120.00
Dua tahun = RM 1,254.00
Tiga tahun = RM 1,404.93
Empat tahun = RM 1,573.52
Lima tahun = RM 1,762.34

Anda boleh membuat pilihan cara untuk melabur. Secara Lump sum dan diam atau secara aktif setiap bulan dengan target pendapatan yang anda inginkan.
Powered By Blogger

Pelaburan

Pelaburan dan Anda
Pelaburan merupakan aktiviti simpanan yang agresif kerana menjana pulangan yang lebih tinggi berbanding simpanan biasa di bank. Sebahagian wang kita dilaburkan sebagai modal untuk aktiviti ekonomi. Apa yang menariknya, pendapatan tahunan kita boleh mencapai 40% - 120% setahun mengikut suasana ekonomi berbanding simpanan di bank yang hanya 1% - 7% sahaja.

Jadi jika kita mempunyai WANG, asingkan wang gaji anda untuk tujuan pelaburan jangka panjang. Pasti ia boleh menjanjikan pulangan yang baik tanpa perlu meniagakan kerana badan pelaburan yang menjalankan perniagaan anda.

Oleh itu, saudara boleh melihat-lihat bentuk pelaburan yang dijamin dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia iaitu pelaburan dalam Unit Trust. AWAS jangan terjebak dengan pelaburan CEPAT KAYA dan TIDAK DIIKTIRAF!!!

Pertanian Menjana Pendapatan

Sejak kenaikan harga barangan terutama makanan telah menyedarkan kita betapa pentingnya bidang pertanian dalam kehidupan manusia. Malah kerajaan mula memberi sokongan dan dorongan kepada rakyat untuk mengusahawankan bidang pertanian dengan beberapa peruntukan dan bantuan seperti pinjaman Tekun, MARA, Bank Pertanian dan sebagainya bagi membantu petani-petani moden yang terdiri dari golongan belia agar melihat pertanian sebagai bidang yang boleh menjana kekayaan- jutawan tani.

Kita juga turut menyaksikan banyak kursus-kursus pertanian dianjurkan oleh badan kerajaan dan badan swasta untuk memberi kemahiran dalam sesuatu jenis pertanian dan penternakan seperti pertanian fertigasi, hidroponik, penternakan cacing, lintah, ikan keli dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dengan menjadi usahawan tani ini, di samping memperolehi pendapatan bersih, ia juga dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah yang Maha Pencipta.
Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra'd: 4 yang bermaksud, Dan di bumi ada beberapa jenis tanah dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon tamar yang berumpun dan yang tidak berumpun, semuanya disiram dengan air yang sama, Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain. Sesungguhnya ia mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang mahu berfikir dan mahu memahami.
Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.