Monday, July 7, 2008

KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK


"Dr, cepat beli minyak malam ni.. esok harga minyak naik! Tapi kalau Dr dah banyak duit tak apalah..."
Fenomena malam kenaikan harga minyak RM2.72 seliter masih terngiang-ngiang lagi apabila seorang anak murid menghantar pesanan melalui telefon bimbitnya. Bukan sudah banyak duit, tetapi tidak berbaloi berbaris sehingga 2 KM untuk menanti minyak yang hanya menyelesaikan masalah satu malam. Bagaimana dengan hari-hari seterusnya... harga minyak terus naik dan ada ura-ura akan terus naik kepada USD200/barrel. Kini economic Inflation sudah bertukar menjadi economic depression - iaitu ekonomi tertumpu kepada pelaksanaan ekonomi Yahudi dan meminggirkan ekonomi syariah. Kesannya akan lebih dahsyat lagi kepada umat Islam bila gagal mempertahankan ekonomi syariah.

Oleh itu, kepada umat Islam bangkit dari lena yang panjang. Jangan kita disibukkan dengan isu kepimpinan yang gagal mempertahankan harga minyak, tetapi cuba membuat analisis kendiri sejauhmana kita menjalankan kewajipan menyokong pelaksanaan ekonomi syariah yang sudah agak stabil di Malaysia. Kegagalan kita menyokong pelaksanaan ekonomi syariah akan menggagalkan usaha pemimpin kita mengembalikan harga minyak kerana desakan dan monopoli ekonomi US kepada dunia. Adakah kita tak mampu berdikari dengan desakan itu? Jawapannya Iye! kerana ekonomi kita tidak semantap negeri China yang mampu menghalang US menaikkan harga getah walaupun kini ekonomi mereka kecundang kerana kesan cuaca yang buruk.

Cuba tanya diri, berapa banyak simpanan dalam akaun syariah yang anda ada? Berapa keping kadkredit syariah yang anda dah ada? Sudah adakah pelindungan takaful? sudah adakah pelaburan syariah? Jika anda sudah memenuhi semua kategori ini, anda adalah khayra ummah yang perlu pula menyebarkan kepada kawan-kawan dan saudara mara yang menjadikan ia semakin berkembang dan terus berkembang sehingga ada kekuatan sendiri untuk membina kemantapan ekonomi negara. Masa itu pastinya US tak mampu nak membuat sebarang tindakan monopoli ekonomi dunia lagi.

Selain menyertai dan menyokong perbankan Islam, umat Islam juga boleh memperkayakan sumber makanan agar mampu berdiri sendiri tanpa mengharapkan sumbangan orang bukan Islam untuk membekalkan makanan kepada kita. Malahan kini isu makanan halal asyik menjadi isu yang ditakuti.

Kerajaan pula telah menyokong aktiviti pertanian dan penternakan. Pastinya petani moden kini mampu mengatasi krisis makanan halal jika umat Islam berperanan turut memonopoli aktiviti ini. Jadi isu pengangguran kesan ekonomi depresi sudah boleh ditangani terutama oleh para siswazah yang positif dalam mengharungi kepayahan mencari pekerjaan.

No comments:

MEMILIKI ANAK OKU SATU ANUGERAH DAN AMANAH

 Lama tidak mengisi ruang ini. Terlalu lama... kesibukan serta keberadaan media sosial yang lain menjadikan blog ini turut sepi. Namun hari ...